Friday November 18,
Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini ku bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk hidup. Allah masih beri ku kesihatan yang sempurna, rezeki yang cukup, iman yang mantap dan banyak lagi rezeki yang Allah beri hingga tak terhingga. Kenapa masih ada lagi hambamu yang tidak mengenal erti syukur ?
ya Rabb,
Ampunilah segala dosa mereka..
Mereka lalai...
Mereka mudah lupa akan kebesaranmu..
Termasuklah insan yang hina ini...
ya Rabb..
Impianku ingin menjadi wanita yang solehah..
Kau kuatkanlah hati ini untuk menjadi insan yang lebih baik...
Untuk menjadi anak yang solehah...
Yang membalas segala jasa ibu dan ayahnya..
Terkadang diri ini tersungkur dalam menuju kejalanmu...
Tetapi hati ini masih gagah untuk mencari keredaanmu..
Sesungguhnya hamba tahu syurga itu mahal..
Tidak semua manusia yang akan memasuki syurgamu...
Setiap satu dalam seribu yang akan masuk ke syurgamu..
Maka kau kuatkanlah hati kami ya Rabb..
Sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina...
Kau berikanlah hidayah dan taufiq kepada kami...
Agar kami tidak kenal erti jemu melakukan ibadah kepadamu..
